Sile , sile ♥ ♥

Sile , sile ♥ ♥
Do add me ;)

Sunday, November 22, 2009

rasa yang kita semua rasa

aku hanya ingin ada di situ,
bila kau perlu aku.

dan aku juga harap kau senantiasa ada,
bila aku mahu.

kerna rasa ini tidak pasti,
buat aku goyah dan gigil saja.
rasa mahu mati,
bila kau mahu pergi.

maaf.
tak bermaksud untuk aku belot pada si hati,
tapi jiwa aku sedang memberontak.
minda aku tidak keruan.

dan aku tahu,
tahu sangat,
siapa aku di mata kau.

hanya berwatak picisan jalanan,
yang bisa kau angkut dari mana kau suka,
bila mana kau mahu saja.

maaf,
aku harus tinggalkan sini.
aku takut,
takut ditinggalkan dulu.

tapi benar,
hanya ingin di situ.
di satu sudut hati kau,
biar apa pun tiada.

boleh?
=)

aku coretkan ini di suatu kesempatan lalu.
dan masih segar rasanya buat tatapan mendatang.

+note+
agh.
haziq.
i miss you already!